PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung hampir satu jam itu, difahamkan bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Ia termasuk Timbalan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Fadillah Yusof; Datuk Seri Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara); dan Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP).
Bagaimanapun, setakat ini intipati yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan belum diketahui.
Pada 13 April lalu, Fadillah berkata pemimpin Perikatan Nasional (PN) sudah berjumpa dengannya di Parlimen, 19 Mac lalu.
Dalam pertemuan tersebut, beliau berkata pihak pembangkang menyerahkan kepada kerajaan untuk sebarang syarat bagi menyalurkan peruntukan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini secara prinsipnya bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata ia perlu dimulakan dengan proses rundingan oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu untuk membincangkan kaedah yang terbaik selain mencari titik kesefahaman.
Hasimi Muhamad
Wed Apr 17 2024
Mesyuarat yang berlangsung hampir satu jam itu, difahamkan bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. - Foto/AWANI
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan wakil pembangkang berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.
PN tidak serius runding peruntukan Ahli Parlimen punca MP sokong PM - Pemuda Amanah
Amanah Terengganu mendakwa tindakan PN yang tidak serius dalam rundingan peruntukan menjadi punca empat Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan untuk pembangkang: Tiga MP wakili PN adakan rundingan
Tiga Ahli Parlimen PN itu ialah Hamzah Zainudin, Takiyuddin Hassan dan Radzi Jidin.
Pembangkang tak dapat peruntukan? Anwar jawab soalan Shahidan
Dalam soalannya, Shahidan berkata, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pulang gembira kerana mendapat RM800,000 namun tidak begitu pada blok pembangkang.